Apam Comel

Author: Anak Perak // Category:


BAHAN-BAHAN:

300 gm tepung beras

125 gm tepung gandum

190 gm gula

550 ml air

1 peket eno


CARA MENYEDIAKAN:

1. Campurkan semua bahan dan kacau rata supaya adunan tidak berketul-ketul.

2. Kemudian tutup adunan supaya ia kembang.

3. Untuk mengukus apam, masukkan ke dalam bekas kecil dan kukus hingga masak ataupun kuih apam ini merekah di tengah-tengahnya.

Ulunthu Vadai

Author: Anak Perak // Category:

BAHAN-BAHAN:
300gm ulunthu (dhall putih) | direndam hingga kembang, ditos dan dikisar
1 / 2 biji Cili merah
1 / 2 biji bawang besar
1 Tangkai daun kari
3 / 4 sudu yang JINTAN manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk Menggoreng

CARA MEMBUATNYA:
1.Masukkan Cili dan bawang merah besar di dalam adunan dhall putih.
2.Kemudian masukkan daun kari dan JINTAN manis.
3.Seterusnya perasakan dan gaul sebati.
4.Adunan rata yang telah dikacau tadi diletakkan di atas daun sirih dan bentukkan seperti kuih keria atau donat.
5.Panaskan Sehingga minyak dan goreng garing. Sedia untuk dinikmati.

Nama:Manimala a/p Perumal
Umur: 21 tahun
Status:Pelajar Sijil Seni Kulinari Kolej CQ-TEC, Kuala Lumpur
Cita-cita: Chef
E-mel: manimala198@yahoo.com

AYAM ROS SRI DAMAK

Author: Anak Perak // Category:

Bahan-bahan:
5 ketul ayam
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5sm halia -dikisar
2 batang serai
2 sudu makan sos tomato
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
50gm kacang peas
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya | untuk menumis

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.Biarkan hingga naik baunya.
4. Masukkan cili kering kisar dan biarkan hingga pecah minyaknya.
5. Setelah itu, masukkan sos tomato dan kacau rata.
6. Perasakan dengan garam, gula dan masukkan ayam tadi. Kacau sebati dan biarkan hingga empuk.
7. Angkat dan hiaskan dengan kacang peas di atasnya.

Mousse Nanas Bercoklat

Author: Anak Perak // Category:

BAHAN-BAHAN:
150gm coklat masakan
75gm krim putar
50gm puri nanas
30gm mentega
15gm gula
3 biji putih telur
3 biji kuning telur

BAHAN HIASAN
1 biji strawberi
Puri nanas
Puri strawberi
Gulungan coklat putih
Kepingan kulit nanas
Kepingan coklat putih yang dibentuk menjadi cawan

CARA MEMASAK:
Cairkan coklat masakan dengan kaedah bain marie dan masukkan mentega, kuning telur
dan gula. Pukul sehingga kembang. Setelah itu, pukul putih telur dan gula sehingga kembang.
Kemudian masukkan ke dalam adunan coklat masakan dan masukkan krim putar. Sejukkan
di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Sedia untuk dinikmati.

CARA MENGHIAS:
1. Sediakan bahan-bahan.
2. Masukkan adunan mousse nanas bercoklat ke dalam piping bag dan paipkan di dalam coklat
yang dibentuk menjadi cawan.
3. Kemudian cucukkan gulungan coklat putih di atas mousse.
4. Seterusnya letakkan strawberi di atasnya.
5. Setelah itu cucukkan kepingan kulit nanas di sisi strawberi tadi.
6. Akhir sekali, sudahkan hiasan dengan menuangkan puri nanas dan puri strawberi menggunakan sudu di atas pinggan.

TERKENANG ASAM PEDAS JAAFAR ONN & TALAM KAK RUBI

Author: Anak Perak // Category:
Betul ke artis-artis yang ditonjolkan dalam program memasak itu betul-betul boleh memasak? Pertanyaan yang berbau curiga itu memang sudah biasa kita dengar. Mungkin kerana gaya hidup artis dan selebriti yang nampak sentiasa bergaya menjadikan orang ingat dapur adalah tempat terakhir yang akan difikirkan oleh mereka.

Maklumlah banyak orang masih menganggap memasak sebagai kerja yang renyah, mengotorkan pakaian serta memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya. Artis dan selebriti kerja hariannya di luar rumah cukup sibuk (mestinya makan juga di luar rumah), mana masanya boleh memegang periuk dan belanga di dapur?

Di sebalik semua rasa tidak percaya itu, hakikatnya kelompok popular itu juga sama seperti orang lain yang mempunyai kehidupan sendiri. Tentu sekali sesetengahnya mempunyai minat yang lain daripada apa yang dilakukan dalam kerjaya, tidak mustahil ada yang suka memasak, membuka restoran sehinggalah ke peringkat membuat buku masakan sendiri. Rakan karib saya yang juga wartawan hiburan terkenal, Intan Zabidin, yang telah lama bergaul dengan para artis dan selebriti
mengesahkan ramai artis yang ‘air tangan’ mereka sangat terpuji. Daripada artis yang paling popular seperti Dato’ Sharifah Aini, Dato’ Siti Nurhaliza, DatoĆ­ Khadijah Ibrahim sehinggalah kepada nama-nama seperti Raja Azura, Azah Elit, Amyza Adnan, Nadia Mustapha, Riezman, Kartina Ayob, Zaibo, Shahira, Sheila Rusly, Zul Yahya, Vanida Imran, Fazli Zainal, Nash dan Datin Noniswara semuanya pandai memasak.

Selain itu dari semasa ke semasa kita mendengar tentang artis-artis yang membuka restoran, gerai makanan kekal atau bermusim, itu semua didorong oleh minat terhadap bidang makanan, selain minat berniaga. Walaupun ada yang tidak boleh diteruskan disebabkan pelbagai punca, ada juga yang mampu bertahan sehingga bertahun-tahun. Contoh terbaik sudah pasti Rubiah Suparman atau biasa kami panggil Kak Rubi, yang telah berpuluh tahun kekal mengusahakan restoran bernama Puteri, yang terkenal itu. Bermula dengan restoran biasa sahaja di Brickfi elds dan Taman Tun Dr. Ismail, kini beliau boleh berbangga kerana mampu memiliki restoran yang berada pada kelasnya yang tersendiri yang terletak di satu lokasi persendirian di Penchala. ‘Air tangan’ Kak Rubi memang tidak boleh dinafi kan lagi. Masakan tradisional Melayu menjadi kepakarannya. Namun jika ditanya apa yang paling saya suka, sudah tentu kuih-kuih talam buatan tangan Kak Rubi memang saya beri empat bintang (****). Pendek kata, terkenang-kenang selalu.

Satu lagi saya masih teringatkan lauk Asam Pedas seorang lagi artis iaitu Jaafar Onn, yang pernah saya nikmati di rumahnya sekitar 10 tahun yang lalu. Sayang sekali sudah agak lama tidak dapat berjumpa dengannya, namun kesedapan ‘air tangan’ Abang Pa, membuat saya terpaksa mengakui dia antara artis yang hebat masakannya. Menghargai kebolehan artis-artis dalam bidang masakan, RASA tampilkan kali ini Edisi Sajian Artis dan Selebriti untuk dikongsi bersama anda semua.

Salam Secangkir Kata.

BIDALAN :
Air sama air kelak menjadi satu, sampah itu ke tepi jua.
Maksudnya: Umpama kita mencampuri perselisihan di antara seorang dengan seorang yang lain, apabila kedua-duanya berbaik, kita akan tersisih akhirnya. Maka berwaspadalah mengenai hal ini.


SECANGKIR KATA,
Yati Rohani Rahim
Editor Kumpulan RASA
yati.rahim@karangkraf.com.my

Masala Telur

Author: Anak Perak // Category:

Bahan-bahan
2 cm halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih


1 cawan air
4 sudu besar minyak masak
1 cm kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 biji cengkih
1 cawan susu cair
Garam secukupnya
6 biji telur rebus, digoreng hingga kuning emas
4 biji bawang besar, dipotong bulat.

Cara Membuatnya
1. Kisar halia, bawang putih, ketumbar, serbuk cili, garam masala. serbuk kunyit, lada hitam, jintan putih bersama secawan air.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, daun kari dan cengkih hingga naik bau.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan masak hingga pecah minyak.
4. Tuangkan susu cair dan garam. Masak hingga kuahnya pekat. Masukkan telur dan bawang besar. Kacau hingga sebati.

Kueh Kogi Daging

Author: Anak Perak // Category:

Bahan:
500g tepung pulut
400gm keledek
10 helai daun pandan (dikisar halus dengan sedikit air dan ditapis)
250g santan
600g liter udara (2 Cawang)
Garam
3 sudu makan gula
1 sudu kecil lada putih yang
1 / 2 Cawan minyak
500-600g daging Kisar

Bahan A (dikisar)
5 ulas bawang putih
7 biji bawang kecil
1 batang serai
1 inci kunyit
1 inci lengkuas

Bahan B (dikisar)
3 sudu makan ketumbar
1 / 2 sudu kecil JINTAN manis
1 / 2 sudu kecil JINTAN putih
1 sudu makan serbuk kunyit
LIMAU 1 helai daun purut
Daun pisang - disiat-siat



Persiapan:
1. Rebus keledek, santan, garam hingga empuk.
Dilecek hingga halus. Masukkan tepung pulut dan diuli hingga jadi adonan.

2. Tumis daging cincang dan dicampur dengan bahan-bahan A dan B, gula dan garam hingga masak dan kering.

3. Dibungkus dengan adonan daging ke dalam daun pisang. Dikukus hingga masak.