Betul ke artis-artis yang ditonjolkan dalam program memasak itu betul-betul boleh memasak? Pertanyaan yang berbau curiga itu memang sudah biasa kita dengar. Mungkin kerana gaya hidup artis dan selebriti yang nampak sentiasa bergaya menjadikan orang ingat dapur adalah tempat terakhir yang akan difikirkan oleh mereka.
Maklumlah banyak orang masih menganggap memasak sebagai kerja yang renyah, mengotorkan pakaian serta memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya. Artis dan selebriti kerja hariannya di luar rumah cukup sibuk (mestinya makan juga di luar rumah), mana masanya boleh memegang periuk dan belanga di dapur?
Di sebalik semua rasa tidak percaya itu, hakikatnya kelompok popular itu juga sama seperti orang lain yang mempunyai kehidupan sendiri. Tentu sekali sesetengahnya mempunyai minat yang lain daripada apa yang dilakukan dalam kerjaya, tidak mustahil ada yang suka memasak, membuka restoran sehinggalah ke peringkat membuat buku masakan sendiri. Rakan karib saya yang juga wartawan hiburan terkenal, Intan Zabidin, yang telah lama bergaul dengan para artis dan selebriti
mengesahkan ramai artis yang ‘air tangan’ mereka sangat terpuji. Daripada artis yang paling popular seperti Dato’ Sharifah Aini, Dato’ Siti Nurhaliza, DatoĆ Khadijah Ibrahim sehinggalah kepada nama-nama seperti Raja Azura, Azah Elit, Amyza Adnan, Nadia Mustapha, Riezman, Kartina Ayob, Zaibo, Shahira, Sheila Rusly, Zul Yahya, Vanida Imran, Fazli Zainal, Nash dan Datin Noniswara semuanya pandai memasak.
Selain itu dari semasa ke semasa kita mendengar tentang artis-artis yang membuka restoran, gerai makanan kekal atau bermusim, itu semua didorong oleh minat terhadap bidang makanan, selain minat berniaga. Walaupun ada yang tidak boleh diteruskan disebabkan pelbagai punca, ada juga yang mampu bertahan sehingga bertahun-tahun. Contoh terbaik sudah pasti Rubiah Suparman atau biasa kami panggil Kak Rubi, yang telah berpuluh tahun kekal mengusahakan restoran bernama Puteri, yang terkenal itu. Bermula dengan restoran biasa sahaja di Brickfi elds dan Taman Tun Dr. Ismail, kini beliau boleh berbangga kerana mampu memiliki restoran yang berada pada kelasnya yang tersendiri yang terletak di satu lokasi persendirian di Penchala. ‘Air tangan’ Kak Rubi memang tidak boleh dinafi kan lagi. Masakan tradisional Melayu menjadi kepakarannya. Namun jika ditanya apa yang paling saya suka, sudah tentu kuih-kuih talam buatan tangan Kak Rubi memang saya beri empat bintang (****). Pendek kata, terkenang-kenang selalu.
Satu lagi saya masih teringatkan lauk Asam Pedas seorang lagi artis iaitu Jaafar Onn, yang pernah saya nikmati di rumahnya sekitar 10 tahun yang lalu. Sayang sekali sudah agak lama tidak dapat berjumpa dengannya, namun kesedapan ‘air tangan’ Abang Pa, membuat saya terpaksa mengakui dia antara artis yang hebat masakannya. Menghargai kebolehan artis-artis dalam bidang masakan, RASA tampilkan kali ini Edisi Sajian Artis dan Selebriti untuk dikongsi bersama anda semua.
Salam Secangkir Kata.
BIDALAN :
Air sama air kelak menjadi satu, sampah itu ke tepi jua.
Maksudnya: Umpama kita mencampuri perselisihan di antara seorang dengan seorang yang lain, apabila kedua-duanya berbaik, kita akan tersisih akhirnya. Maka berwaspadalah mengenai hal ini.
SECANGKIR KATA,
Yati Rohani Rahim
Editor Kumpulan RASA
yati.rahim@karangkraf.com.my

0 Responses to "TERKENANG ASAM PEDAS JAAFAR ONN & TALAM KAK RUBI"
Post a Comment