Bagaimana memilih buah strawberi yang baik? Warnanya mestilah merah terang tiada tanda lebam dan masih berdaun pada dasar buah. Untuk penghantaran jauh, ia perlu disimpan pada suhu terkawal, supaya keharumannya terpelihara. Buah yang berbau harum, pasti lazat.
Sebaik-baiknya ketika membeli, periksa bahagian bawah bekas untuk memastikan tiada cairan strawberi yang pecah atau rosak. Selalunya buah berukuran besar lopong dan kering di dalamnya. Untuk mendapatkan rasa terbaik, pilihlah yang berukuran sederhana. Strawberi lebih besar yang dijual pula mahal harganya dan hanya cantik untuk dilihat sahaja.
Strawberi boleh disimpan satu atau dua hari di dalam peti sejuk, bagaimanapun lebih baik diguna pada hari yang sama ia dibeli. Basuh dan buang tangkainya hanya ketika hendak digunakan sahaja. Perlu diingat, keringkan strawberi dengan kertas tisu selepas dibasuh. Strawberi menyelerakan sekiranya dihidang pada suhu bilik.

0 Responses to "Fruits : Strawberi"
Post a Comment