
KENTANG CROQUETTES
BAHAN-BAHAN:
400gm kentang
1/8 liter susu cair
10gm mentega
150gm tepung gandum
1 biji telur kuning
Serbuk buah pala secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN SALUTAN:
1 biji telur
Serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit kentang dan rebus di dalam air sehingga mendidih.
2. Selepas 20 minit, buangkan air dan biarkan kentang seketika agar airnya tersejat.
3. Lecek kentang, campurkan garam secukup rasa, serbuk buah pala dan mentega. Gaul rata sehingga sebati.
4. Tuangkan susu secukupnya bergantung kepada kepekatan kentang. Jangan terlalu cair.
5. Selepas itu masukkan kuning telur dan kacau lagi sehingga ia melekat.
6. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit bergantung kepada kelembutan kentang.
7. Bulatkan menjadi bebola atau jejari. Celupkan ke dalam telur dan serbuk roti secukupnya.
8. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng sehingga keperang-perangan.
9. Angkat dan sedia dihidangkan.Kacau rata.
4. Akhir sekali barulah dimasukkan beras dan biarkan hingga masak.
Selamat Mencuba!



0 Responses to "Kentang Croquettes"
Post a Comment